the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis cari suspek rakam wanita dalam tandas pusat beli-belah

Polis sedang mengesan lelaki merakam wanita dalam tandas pusat beli-belah Kuala Terengganu, suspek memakai baju Ultraman dan melarikan diri

KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki menceroboh dan merakam wanita menggunakan telefon bimbit di dalam tandas sebuah pusat beli-belah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku pada Khamis lepas sekitar pukul 6.12 petang.

“Mangsa berusia 29 tahun dan bekerja sebagai jurujual mendakwa kejadian berlaku pada 6.12 petang dan suspek berbuat demikian menerusi celah pintu,” katanya.

Mangsa berjaya keluar dari tandas dan melihat seorang lelaki tidak dikenali memegang telefon di luar pintu.

Dia sempat merakam visual suspek dari belakang sebelum lelaki itu melarikan diri.

Azli berkata suspek dipercayai berusia awal 20-an dengan rambut perang.

Suspek memakai T-shirt putih bergambar Ultraman, berseluar jeans gelap dan membawa beg silang.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek melarikan diri melalui pintu utama pusat beli-belah menuju Dataran Shahbandar.

“Siasatan diteruskan dengan mendapatkan rakaman penuh CCTV bagi membolehkan pengecaman wajah suspek,” jelas Azli.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-632 2222.

Mereka juga boleh hadir ke balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448 dan 509 Kanun Keseksaan berkaitan pencerobohan dan perbuatan memalukan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings