the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan empat remaja lumba haram di latar

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan empat penunggang motosikal yang terbabit dalam nahas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini ketika berlumba pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya mengesan satu rakaman video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berlumba dan terbabit dalam nahas yang tular di media sosial pada kira-kira 10 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 10.36 malam 28 Julai lepas di Kilometer 20.8 lebuh raya berkenaan membabitkan empat motosikal ketika berlumba dengan membuat aksi meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang (aksi Superman),” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua penunggang motosikal dipercayai berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun yang terlibat dengan nahas itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan dibenarkan pulang esoknya.

Mohd Hafiz berkata usaha mengesan penunggang terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Muhammad Fahmi Shamsuddin di talian 014-366 7353 bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings