the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan lelaki baling cat merah di Taman Kuala Bekah

KEPALA BATAS: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai bertindak membaling cat merah ke beberapa buah kenderaan dan rumah penduduk di Taman Kuala Bekah, Penaga di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata setakat ini, pihaknya menerima empat laporan polis daripada empat penduduk di situ berhubung kejadian tersebut.

“Empat laporan polis itu membabitkan empat buah kereta dan empat buah rumah yang telah dibaling dengan cat merah oleh suspek, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di rumah mangsa mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira 4.30 pagi,“ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal pihaknya mendapati seorang daripada empat yang membuat laporan polis itu telah melakukan pinjaman wang secara dalam talian melalui laman sosial Facebook pada awal November lepas.

Katanya dia telah menjelaskan bayaran balik pinjaman itu namun mendakwa masih diganggu oleh pemberi pinjaman wang yang masih menuntut bayaran tambahan daripadanya.

Mohd Asri berkata pihak forensik telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengambil sampel cat bersama botol cat yang ditinggalkan oleh suspek di lokasi kejadian untuk tujuan analisa.

Katanya siasatan pihak polis mendapati perbuatan membaling cat merah di beberapa rumah dan kenderaan penduduk itu dilakukan oleh seorang lelaki dan dia menunggang motosikal semasa melakukan jenayah tersebut.

“Kami telah mendapatkan rakaman CCTV berhubung kejadian itu daripada rumah penduduk di situ dan usaha mengesan lelaki tersebut sedang giat dijalankan,“ katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 bagi kesalahan menawarkan pinjaman wang tanpa lesen dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kejadian itu kepada pegawai penyiasat Sjn Mohamad Azhar Abd Sukor atau Sjn Norlida Bidrus di talian 04-5672222 atau 04-3232422 bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 15 saat yang memaparkan beberapa buah rumah dan kenderaan milik penduduk yang disimbah cat merah dan ia menimbulkan kemarahan penduduk di situ. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings