the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis periksa 79 sekolah di Selangor cegah salah laku pelajar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis Selangor lakukan pemeriksaan mengejut di 79 sekolah bagi mengukuh disiplin dan mencegah jenayah dalam kalangan pelajar.

SHAH ALAM: Sebanyak 79 sekolah termasuk asrama di Selangor diperiksa secara mengejut dan rawak sejak tiga hari lepas, bagi memperkukuh disiplin serta mencegah salah laku dalam kalangan pelajar.

Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata pemeriksaan melibatkan sekolah harian dan berasrama itu dilakukan bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat serta bebas daripada gejala tidak sihat.

“Setakat ini tiada isu besar dikesan, namun ini menunjukkan komitmen polis mencegah jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar supaya mereka berasa selamat dan dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran serta membina masa depan yang baik,” katanya. 

Mohd Zaini berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam hari ini.

Beliau juga menggalakkan pelajar menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk menyalurkan maklumat terus kepada polis sekiranya mengesan sebarang salah laku di sekolah.

Selain itu, Mohd Zaini berkata sebanyak 1,219 kes salah laku direkodkan membabitkan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Selangor untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini, dengan 265 kes diklasifikasikan sebagai buli manakala selebihnya merangkumi pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata pihaknya telah membuka 41 kertas siasatan iaitu sembilan berkaitan buli manakala 32 lagi membabitkan pelbagai salah laku dengan sebahagian besar kes tidak mempunyai keterangan mencukupi untuk siasatan diteruskan. 

“Selangor mempunyai hampir 997,000 pelajar serta 60,000 guru, dan jumlah lebih 1,200 kes direkodkan hanya mewakili 0.0125 peratus daripada keseluruhan pelajar. Angka ini menunjukkan keadaan masih terkawal dan sehingga kini belum ada sekolah dikategorikan sebagai kritikal,” katanya.

Mohd Zaini berkata walaupun tiada sekolah dikategorikan kritikal, polis memandang serius isu disiplin dan buli di institusi pendidikan kerana mampu dicegah pada peringkat awal dengan peranan semua pihak termasuk ibu bapa.

Beliau berkata pencegahan bukan hanya melalui tindakan undang-undang, tetapi memerlukan kerjasama erat antara sekolah, komuniti, agensi kerajaan serta ibu bapa bagi memperkasakan tanggungjawab sosial bersama-sama.

Selain itu, Mohd Zaini berkata cadangan agar pegawai perhubungan sekolah (PPS) dilantik sebagai ahli exofficio di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta rangkaian Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) dapat mengukuhkan peranan PPS. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Latif Romly named Malaysia’s flag bearer for Glasgow 2026 Commonwealth Games

KUALA LUMPUR, July 11: The Olympic Council of Malaysia (OCM) has confirmed Malaysia's contingents for the 2026 Commonwealth Games in Glasgow and the 2026 Asian Games in Aichi-Nagoya, following its 216th Executive Council Meeting and 45th Annual General Assembly.Malaysia will send a 104-member delegation to the XXIII Commonwealth Games in Scotland from July 23 to Aug 2, comprising 59 athletes and 45 officials.The squad will feature 37 able-bodied athletes and 22 para-athletes competing in eight of the 10 sports on the programme.Two-time Paralympic long jump gold medallist Datuk Abdul Latif Romly has been named Malaysia's flag bearer for the opening ceremony, while world No. 1 lawn bowler Emma Firyana Saroji will carry the King's Baton.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings