the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Perlis tingkat kawalan sempadan hadapi penyeludupan migran

Polis Perlis tingkat kawalan sempadan hadapi sindiket penyeludupan migran yang guna dron dan kenderaan pemerhati, dengan 33 kes ATIPSOM direkod

KANGAR: Polis Perlis terus mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara bagi mengekang jenayah pemerdagangan manusia serta penyeludupan migran.

Ketua Polis negeri Datuk Muhammad Abdul Halim berkata kegiatan itu banyak berlaku di laluan darat berbanding laut susulan geografi Perlis yang kecil.

Beliau menyatakan jaringan jalan raya memudahkan pergerakan keluar masuk walaupun aktiviti penyeludupan masih berlaku.

“Tahapnya kini lebih terkawal hasil kawalan bersepadu antara PDRM serta agensi lain termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen,” katanya.

Muhammad berkata pihaknya sentiasa memastikan tahap keselamatan sempadan darat dan laut di negeri ini berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi perbincangan awam mengenai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) di Kompleks Kerajaan Negeri.

Sebanyak 22 kawasan panas dan laluan tikus dikenal pasti dalam kegiatan penyeludupan migran di Perlis.

Sindiket itu dipercayai kini menggunakan modus operandi lebih terancang antaranya menggunakan kenderaan pemerhati dan dron.

“Dron digunakan bagi memantau kawasan bermula dari sempadan sehingga proses penyerahan migran kepada ‘transporter’,” jelas Muhammad.

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berpagar sempadan membantu usaha penguatkuasaan.

Kajian berterusan terhadap taktik baharu sindiket juga dilaksanakan bagi menangani ancaman tersebut.

Bagi tempoh 2024 hingga Oktober 2025, sebanyak 33 kes di bawah ATIPSOM direkodkan di Perlis.

Ini termasuk 22 kes pada tahun lepas yang menunjukkan kesungguhan penguatkuasaan berterusan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings