the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rampas dadah bernilai RM37.3 juta dari stor banglo di Ipoh

Sindiket dadah diserbu di banglo Ipoh, rampasan dadah bernilai RM37.3 juta termasuk 843kg methamphetamine dan 618kg MDMA, dua suspek ditahan

IPOH: Taktik sindiket menyewa banglo di kawasan elit di sini untuk dijadikan stor penyimpanan dadah terbongkar dengan penahanan dua individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata serbuan itu melibatkan rampasan dadah bernilai RM37.3 juta pada Jumaat lepas.

Dua suspek berusia awal 30-an dan tidak bekerja itu ditahan dalam operasi bersama JSJN Bukit Aman dan kontinjen Perak.

Pemeriksaan menemukan methamphetamine seberat 843.33 kilogram serta cecair dan serbuk disyaki bahan kimia dengan anggaran berat 679.22 kg.

Pelbagai peralatan memproses dadah turut dirampas dalam operasi itu.

Pemeriksaan lanjut di kawasan tempat letak kereta banglo itu menemukan 618.24 kg bahan yang telah diproses menjadi ketulan simen.

“Analisis yang dibuat mendapati bahan itu mengandungi dadah jenis MDMA (methylenedioxymethamphetamine),” kata Hussein pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai aktif sejak Disember 2024 dan didalangi warga asing.

Ujian saringan air kencing mendapati dua suspek itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek kini direman sehingga 29 Jan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“JSJN sedang mengesan seorang lelaki China dengan kerjasama pihak rakan sejawat,” katanya.

Beliau percaya suspek itu telah keluar masuk Malaysia sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada Ogos tahun lepas.

Semakan dengan pihak Narcotics Bureau Hong Kong mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan memiliki dadah.

Pihak berkenaan masih dalam proses mengesan suspek tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings