the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Selangor cadang hukuman rotan dikembalikan di sekolah

Ketua Polis Selangor cadang hukuman rotan dikembalikan di sekolah untuk tangani kes buli dan jenayah remaja yang semakin meningkat

SHAH ALAM: Hukuman rotan wajar dikembalikan semula sebagai pendekatan menangani kes buli dan salah laku jenayah di sekolah.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pelaksanaan semula hukuman rotan boleh dibuat secara berperingkat dan terkawal mengikut garis panduan yang jelas.

Beliau berkata polis memandang serius isu buli dan jenayah dalam kalangan remaja sebagai jenayah sosial yang boleh menjejaskan masa depan generasi muda.

“Hukuman rotan ada pelbagai jenis kategori serta bergantung kepada situasi dan jenis kesalahan,” katanya pada sidang media sempena program Kempen Anti Buli.

“Manusia ini belajar dari pengalaman dan rasa yang dilalui dan itu lebih berkesan daripada kita bercakap dan berkomunikasi tanpa merasai sendiri,” tambah Shazeli.

Sebanyak 108 pelajar telah ditahan atas pelbagai kesalahan di Selangor antara Januari dan Oktober tahun lepas.

Bilangan kes meningkat kepada 122 orang bagi tempoh sama tahun ini melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Antara kesalahan yang dikesan melibatkan buli, ugutan, mencederakan, selain pergaduhan dengan elemen gangsterisme,” katanya.

Shazeli berkata faktor takut dalam kalangan pelajar semakin berkurangan akibat pengurangan peraturan dan tindakan penguatkuasaan disiplin.

Beliau berkata peraturan sebegitu sepatutnya tersedia bagi membolehkan guru-guru menguruskan disiplin pelajar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Global Data Ecosystem Conference Showcases Cutting-Edge Digital Development in Shanghai

SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 27 November 2025 - The Global Data Ecosystem Conference kicked off in Shanghai on Nov. 25, highlighting the latest innovations in data flow and digital technology that are transforming data-driven ideas into real-world business solutions.
spot_img

Popular Categories