the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 26, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis siasat kebocoran maklumat perjawatan strategik ATM

Beberapa pegawai tentera dipanggil beri keterangan kepada polis berhubung kebocoran maklumat perjawatan strategik ATM di media sosial, kata Menteri Pertahanan.

MELAKA: Beberapa pegawai tentera telah dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung penyebaran maklumat urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia susulan laporan polis dibuat Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada minggu lepas.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil selepas ia selesai.

Mohamed Khaled bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah pegawai yang telah dipanggil setakat ini.

Sebelum ini, MINDEF memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat sulit tersebut.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata MINDEF akan berunding dengan kerajaan mengenai perolehan yang boleh menjejaskan operasi ATM jika dibekukan.

Beliau berkata perolehan berkaitan kesejahteraan pegawai, anggota dan ahli keluarga mereka adalah antara yang wajar diteruskan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories