the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat kumpulan jalan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak di media sosial

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak di akaun media sosial, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Jumaat lepas berhubung kewujudan kumpulan berkenaan yang menjalankan aktiviti menerusi hantaran di aplikasi X.

Razaruddin berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Unit MICAC D11 sudah memulakan proses risikan dalam talian dan menyalurkan beberapa maklumat suspek kepada pihak MCMC untuk dibuat profiling awal sementara risikan dalam talian diteruskan bagi menimbulkan elemen yang lebih kukuh mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

“Bahagian D11 bersama MCMC sedang menjalankan risikan dan siasatan lanjut ke atas maklumat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan MCMC ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan pengantunan seksual kanak-kanak di akaun media sosial dan suruhanjaya itu sedang bekerjasama dengan Meta dan polis bagi melakukan siasatan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings