the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21 kg

IPOH: Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah serta merampas dadah jenis heroin berjumlah 21 kilogram di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping, Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kedua-dua suspek berusia 41 dan 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak semasa berada dalam sebuah kereta Proton Waja di tepi jalan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut telah menjumpai guni berwarna putih yang berisi 46 bungkusan plastik lut sinar dengan setiap bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 21 kg bernilai RM 262, 275. Turut dirampas dua telefon bimbit dan sebuah kereta.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin dan hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau kes dadah,“ katanya pada sidang media di IPK Perak di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan kedua-dua suspek yang bekerja sebagai nelayan dan pembantu kedai makan dipercayai aktif dengan aktiviti pengedaran dadah sejak Februari lalu.

Menurutnya dadah yang diperoleh bekalannya daripada utara negeri ini dipercayai diedarkan di pasaran tempatan di negeri ini dan dianggarkan dadah itu boleh digunakan kira-kira seramai 20,000 penagih dadah.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman enam hari sejak 4 Mei lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata kira-kira RM4.09 juta nilai keseluruhan dadah dirampas dalam pelbagai operasi sepanjang sejak Januari lalu sehingga kini.

Beliau berkata sebanyak 7,171 individu ditahan serta pelbagai dadah dirampas antaranya syabu sebanyak 54.9 kg, 1.54kg ketamin, 2.5 kg ganja serta 40.9 kg heroin sepanjang tempoh berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vinhomes Utilizes Vietnam’s Largest Land Bank to Expand Integrated Urban Developments

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Vinhomes (ticker: VHM), Vietnam's leading listed real estate developer, is transforming its extensive land bank, exceeding 295 million square meters as of December 31, 2025, into a pipeline of integrated urban developments that combine residential, commercial, public infrastructure and environmental stewardship within unified masterplans.

LOCUS-T Wins Four Honours at A+M Agency of the Year Awards 2026

PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 – LOCUS-T, a leading Malaysian digital marketing agency, has been recognized with four honours at the Advertising + Marketing (A+M) Agency of the Year Awards 2026, reaffirming its position as a trusted digital growth partner for businesses across Malaysia.

Taoyuan Welcomes the World: Taiwan’s Gateway Invites Global Travelers

TAOYUAN, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Visitors strolling through the bustling streets of major Asian hubs-Tokyo, Busan, Hong Kong, Singapore, and Kuala Lumpur-may have recently spotted a familiar face.

SCG calls for a new growth model: Advancing carbon neutrality through competitiveness, energy security...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - At the Nikkei Asia Forum APAC 2026, Mr. Thammasak Sethaudom, President and Chief Executive Officer of SCG, shared his vision that the transition toward a low-carbon economy is no longer solely an environmental challenge, but a business strategy to strengthen long-term competitiveness through energy security, innovation, and sustainable growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings