the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lelaki disyaki lakukan gangguan seksual tiga pelajar di asrama

Polis Hulu Selangor tahan lelaki 48 tahun disyaki sentuh tiga pelajar perempuan 16 tahun semasa tidur di asrama Kuala Kubu Bharu

KUALA KUBU BHARU: Polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di asrama sebuah sekolah di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata tangkapan dibuat selepas menerima tiga laporan daripada remaja perempuan berkenaan pada 4.16 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati suspek melakukan gangguan seksual dengan menyentuh tiga remaja berusia 16 tahun itu semasa mangsa sedang tidur di katil asrama terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Permohonan reman akan dilaksanakan hari ini terhadap suspek terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata dengan tangkapan terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan kes tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings