the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 5, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tahan lelaki, rampas cecair syabu bernilai RM45,500

Polis Seberang Perai Tengah tahan lelaki 45 tahun, rampas 4,550ml cecair syabu dalam katrij vape bernilai RM45,500 dan sita aset RM429,500.

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 4,550 mililiter cecair disyaki syabu bernilai RM45,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Minyak semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata serbuan dijalankan pada 10.20 malam selepas polis bertindak atas maklumat risikan.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah, polis menjumpai 130 unit katrij vape setiap satu berisi cecair syabu,” katanya dalam kenyataan.

Kesemua dadah itu dianggarkan boleh digunakan oleh 300 penagih.

Helmi berkata kegiatan pengedaran itu aktif sejak dua bulan lepas bagi pasaran tempatan.

Polis turut menyita dua kereta dan sejumlah barangan kemas kesemuanya bernilai RM429,500.

“Lelaki berusia 45 tahun berkenaan negatif terhadap dadah, namun mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Suspek kini direman hingga 10 Jan ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories