the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan penganggur proses dan edar dadah guna kurier, rampas dadah RM2.1 juta

GEORGE TOWN: Polis berjaya membongkar tindakan licik seorang lelaki yang menjalankan aktiviti memproses dan mengedar dadah menggunakan khidmat kurier serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.1 juta, dalam dua serbuan di Butterworth di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri melancarkan operasi bermula 9 pagi hingga 8 malam sebelum menahan lelaki tempatan berusia 41 tahun itu di kawasan parkir sebuah pangsapuri.

“Ekoran penahanan lelaki itu, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di pangsapuri sama dan menemui pelbagai jenis dadah antaranya methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 5,320 gram(g), 397 bungkusan minuman segera yang mengandungi MDMA, ketamin (384g), eramin 5 (500 biji) dan pil ekstasi (150 biji).

“Polis juga merampas pelbagai peralatan memproses dan membungkus dadah di rumah yang disewa lelaki itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Suspek juga dipercayai mempunyai kepakaran untuk proses sendiri beberapa jenis dadah dijadikan MDMA,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi suspek ialah semua dadah MDMA yang dibungkus semula dalam bungkusan jus atau minuman segera itu, kemudian dijual kepada pembeli secara pos menerusi pelbagai syarikat kurier.

Hamzah berkata tindakan menjalankan kegiatan mengedar dadah menggunakan syarikat kurier itu terbongkar selepas polis menjalankan intipan dan risikan sejak tiga minggu lepas serta mengenal pasti rangkaian sindiket yang membekalkan dadah kepada suspek.

“Lelaki itu tidak bekerja namun hidup mewah hasil kegiatan mengedar dadah yang dijalankan sejak akhir tahun lepas dan suspek juga positif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah,“ katanya.

Beliau memaklumkan turut disita sebuah kenderaan mewah jenis Mercedes Benz, wang tunai dan tujuh utas barangan emas yang kesemuanya bernilai RM170,882 manakala keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 400,000 penagih dadah.

Suspek kini direman tujuh hari hingga 22 Mei ini bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings