the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan penganggur seludup pil kuda bernilai lebih RM130,000

KOTA BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyeludup 20,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM137,000 di kawasan parkir kereta Kompleks Kota Darul Naim, di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata penganggur berumur 28 tahun itu ditahan Ahad lepas semasa memberhentikan motosikalnya di parkir berkenaan, apabila polis menemukan 18,000 biji pil kuda seberat 2.1 kilogram dalam begnya.

Beliau berkata lelaki itu kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bunohan, Tumpat, dan susulan pemeriksaan polis menemukan sebuah kotak berisi satu bungkusan kertas surat khabar mengandungi 2,000 biji pil kuda seberat 227.4 gram.

“Lelaki itu direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan di bawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings