the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan tiga individu edar jus minuman campuran pelbagai dadah

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran jus minuman campuran pelbagai jenis dadah di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan di sini 7 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand berusia 26 hingga 32 tahun itu dipercayai mencampurkan pelbagai jenis dadah ke dalam jus minuman kotak dan botol sebelum dijual di dalam serta luar pusat hiburan.

Beliau berkata dua lelaki itu diberkas di sebuah kondominium di Jalan Ampang dalam serbuan pertama pada 11.50 pagi susulan penemuan 490 gram ganja, 250 gram ketamin dan 58.73 gram serbuk disyaki Methylenedioxymethamphetamine (MDMA),“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini hari ini.

Susulan soal siasat, beliau berkata polis kemudiannya menyerbu sebuah kondominium di Sungai Besi pada hari sama sebelum menahan seorang wanita bersama 55.43 gram ketamin, 341.95 gram serbuk MDMA, 18.81 gram pil ekstasi, 7.73 gram methamphetamine, 36.97 gram pil erimin 5 dan 67,000 mililiter (ml) cecair MDMA.

“Polis merampas wang tunai RM50,000 dalam kedua-dua serbuan, dengan nilai dadah yang dirampas dianggar RM115,122 dan boleh digunakan oleh 3,020 penagih,” katanya.

Beliau berkata nilai pasaran bagi jus dadah yang dibungkus semula dalam kotak air minuman itu boleh mencecah RM1,500 sekarton manakala harga sebotol dijual antara RM220 hingga RM480 mengikut saiz.

“Semua yang ditahan positif dadah, antaranya jenis methamphetamine dan ketamin. Mereka juga didapati mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah,” katanya.

Mohamad Lazim berkata semua suspek direman tujuh hari sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings