the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pra-Operasi Hari Raya Aidilfitri, 500 bas diperiksa – Loke

SEREMBAN: Lebih 500 bas ekspres diperiksa dalam Pra-Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang diadakan bermula 17 Mac hingga hari ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pemeriksaan dilaksanakan terhadap kenderaan perkhidmatan awam itu melibatkan aspek teknikal di terminal dan depoh bas di seluruh negara.

Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil langkah proaktif melaksanakan operasi itu sebelum Operasi HRA 2025 yang akan bermula esok hingga 8 April ini.

“Pra-Operasi HRA ini dilakukan dengan memeriksa kenderaan perkhidmatan awam (bas) iaitu melibatkan aspek teknikal di terminal dan depoh bas di seluruh negara antaranya pemeriksaan enjin, tayar dan sistem brek.

“Menerusi operasi ini, JPJ telah mengesan 11 bas didapati tidak roadworthy (tidak selamat di jalan raya) dan notis larangan penggunaan bas dikeluarkan serta-merta.

“JPJ juga mengeluarkan slip pemeriksaan bagi kenderaan yang mematuhi standard dan piawaian di samping aktiviti penyelenggaraan telah dilaksanakan dengan baik,“ katanya kepada pemberita pada Majlis Santuni MADANI dan majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat Taman Kampung Panchor di sini.

Pada program hari ini Loke turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Masjid Al-Munawwarah Kariah Panchor Jaya, Kampung Panchor.

Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang musim perayaan sebanyak 2,500 anggota JPJ akan bertugas terutamanya untuk ditempatkan di kawasan hotspot kemalangan.

“Kereta peronda JPJ akan berada di lebuh raya di banyak hotspot, jadi pemandu akan lebih berhati-hati dan (persepsi akan ditangkap) kaedah ini memang berkesan, dengan anggota penguat kuasa perlu berada di lapangan,“ katanya.

Beliau berkata antara kesalahan utama ialah menggunakan telefon bimbit, tidak menggunakan tali pinggang keledar, memotong barisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju, memotong barisan memandu kenderaan berat di lorong laju dan kenderaan melebihi muatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong SMEs face “triple squeeze” from rising costs, weak demand and interest rates...

Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") today announced the results of its 2026 SME Survey ("the Survey"), which revealed that Hong Kong SMEs are facing a "triple squeeze" of rising costs, weakening demand and interest rates fluctuations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings