the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 21, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Prabowo tidak sihat, pertemuan dengan Anwar ditangguhkan

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah hari ini, ditangguhkan.

Anwar berkata beliau telah berada di Pulau Langkawi untuk pertemuan tersebut, namun Prabowo pada malam tadi, memohon penangguhan selama beberapa hari kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik.

“Mendoakan agar Presiden Prabowo diberi kesembuhan secepat mungkin dan dapat meneruskan pertemuan antara dua negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, di Langkawi pada Khamis ini (26 Dis).

Pada Sabtu lepas, Anwar menerusi sidang media khas Perdana Menteri di Subang, Selangor, memaklumkan bahawa beliau akan bertemu dengan Prabowo dan Thaksin untuk membincangkan isu-isu strategik serantau serta perkembangan ASEAN.

Anwar berkata pertemuan dua hala dengan Prabowo akan memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan baik antara kedua-dua negara, selain membincangkan peranan penting Indonesia sebagai negara anggota ASEAN yang strategik.

Pertemuan dengan Thaksin pula menurut Perdana Menteri, dijangka menyentuh mengenai pelbagai isu pembangunan serantau serta pendekatan diplomatik untuk menyelesaikan cabaran bersama.

Perdana Menteri baru-baru ini, mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi beliau dalam mempengerusikan ASEAN pada 2025.

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Jan ini dengan Tema Kepimpinan ASEAN 2025 Malaysia adalah ‘Keterangkuman dan Kelestarian’.

Sebelum ini, Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand cuts 3.8 million tonnes of CO₂ through low-carbon cement, accelerating beyond NDC targets...

Thailand has achieved a significant milestone in industrial greenhouse gas mitigation, reducing more than 3.8 million tonnes of CO₂ equivalent since 2019 through the implementation of clinker substitution under the Industrial Process and Product Use (IPPU) sector.

So Drama! Entertainment and TVBI Company Limited announce strategic partnership

So Drama! Entertainment and TVBI Company Limited have partnered to expand Cantonese entertainment through Kakee and TVB Anywhere, offering exclusive content, promotional events, artiste interviews and cross-platform experiences for audiences in Singapore and Hong Kong.

Embracing an intelligent future: UnionPay showcases AI innovation at WAIC 2026

UnionPay introduced new AI technologies and its "1+6+N" AI achievements framework at WAIC 2026, strengthening industry collaboration and advancing intelligent financial services through shared infrastructure, secure AI capabilities and real-world financial applications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings