the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 24, 2026
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PRK Kinabatangan catat 50.37% keluar mengundi setakat 3 petang

SPR umum 50.37% pengundi Parlimen Kinabatangan keluar mengundi setakat 3 petang, dengan DUN Lamag catat peratusan tertinggi 55.16%

KINABATANGAN: Seramai 50.37% atau 24,322 pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan telah keluar mengundi setakat jam 3 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 55.16%.

DUN Sukau mencatat 51.27% manakala DUN Kuamut merekodkan 46.02%.

Kesemua 36 pusat mengundi yang mempunyai 117 saluran telah dibuka pada 7.30 pagi.

Sebanyak 48,282 pengundi berdaftar berpeluang melaksanakan tanggungjawab mereka.

Pusat-pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat sehingga 5.30 petang mengikut jadual.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Calon-calonnya ialah Mohd Kurniawan Naim Moktar dari Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman dari Warisan dan Goldam Hamid yang bertanding sebagai Bebas.

Bagi PRK DUN Lamag, pertandingan ialah satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

Pilihan raya kecil ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau meninggal dunia pada 5 Disember tahun lepas pada usia 66 tahun.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories