the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK KKB: Pang ikrar tunai manifesto, selesai isu setempat

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

HULU SELANGOR: Pang Sock Tao hari ini berikrar untuk menunaikan segala janji manifesto yang dikemukakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Pang, 31, berkata beliau juga berazam untuk menyelesaikan isu-isu setempat berbangkit dan dalam masa sama meneruskan legasi bekas penyandang kerusi DUN KKB Lee Kee Hiong, demi kesejahteraan rakyat.

Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata demikian selepas diumumkan pemenang dalam saingan empat penjuru PRK berkenaan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini malam ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan Pang yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan menang dengan majoriti 3,869 undi, menewaskan tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia).

Pang memperoleh 14,000 undi manakala Khairul Azhari (10,131 undi), Nyau (188 undi) dan Hafizah (152 undi).

Pada 3 Mei lepas, Pang menggariskan lima teras utama dalam manifestonya meliputi aspek ekonomi, kemudahan, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya serta kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera PH dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya telah bekerja keras sepanjang tempoh 14 hari berkempen bagi membantu kemenangannya.

“Terima kasih juga semestinya kepada semua pengundi, saya adalah wakil rakyat anda semua tidak kira latar belakang, kaum dan agama. Saya akan tinggal dan berpindah di sini selepas ini,” katanya.

PRK itu diadakan susulan kematian Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings