the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 21, 2025
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Program Jualan Rahmah MADANI realisasikan impi zaman kanak-kanak, ringankan kos sara hidup

Program Jualan Rahmah MADANI Back to School di Kulai bantu rakyat beli barangan sekolah berkualiti pada harga berpatutan, ringankan beban kewangan

KULAI: Impian membeli beg sekolah berkualiti sejak zaman kanak-kanak akhirnya menjadi kenyataan menerusi Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Back to School.

Nur Dahlia Safwan, 30, berkata beg berkualiti suatu ketika dahulu di luar kemampuan keluarganya yang hidup dalam serba kekurangan.

“Dulu, masa saya kecil, nak beli beg sekolah yang betul-betul berkualiti pun susah sebab mahal dan keluarga tak mampu,” katanya.

Beliau memanfaatkan peluang itu untuk membeli kelengkapan sekolah bagi anak saudaranya yang bakal melangkah ke tahun satu.

Inisiatif kerajaan di bawah program Payung Rahmah itu memberi manfaat dengan menyediakan barangan keperluan persekolahan pada harga berpatutan.

Pesara tentera laut Zainal Abd Rahman, 76, berkata PJRM dan MySARA mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup.

Beliau berkata diskaun sehingga 30% yang ditawarkan memberi penjimatan ketara dan membantu golongan pesara mengurus perbelanjaan harian.

Pekerja swasta Nathan Silvaraj, 38, berkata PJRM memberi keyakinan terhadap kestabilan bekalan barangan keperluan di pasaran.

Beliau berkata langkah kerajaan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) lebih awal memberi jaminan kelangsungan bekalan dan kestabilan harga.

“Saya sudah tidak bimbang dapatkan barang-barang basah pada saat akhir kerana tahu kerajaan akan pastikan bekalan mencukupi,” katanya.

Sebanyak 1,783 program PJRM telah dilaksanakan di seluruh Johor dari Januari hingga Disember tahun ini.

Program itu merekodkan nilai jualan RM65.7 juta dan memberi manfaat kepada lebih 1.96 juta isi rumah di negeri berkenaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

BN kekal setia sebagai rakan Kerajaan Perpaduan

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan BN kekal setia dan tidak pernah goyah sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal, menolak dakwaan mahu menjatuhkan kerajaan.
spot_img

Popular Categories