the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Program Rancakkan MADANI pamer pencapaian, tawaran istimewa untuk rakyat

Program Rancakkan MADANI papar hasil kerja kerajaan, tawarkan maklumat dan tawaran istimewa kepada pengunjung di Putrajaya.

PUTRAJAYA: Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang sedang berlangsung bukan sekadar pameran, tetapi cerminan hasil kerja kerajaan serta semangat MADANI.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelbagai pameran dan aktiviti interaktif disediakan oleh kementerian dan agensi kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata penganjuran kali ini menampilkan segmen istimewa melibatkan kementeriannya.

Reruai PETRA turut memberikan peluang kepada rakyat mendapatkan maklumat serta menyertai pelbagai inisiatif baharu kerajaan.

“Jadi datanglah dapatkan informasi dan ada juga tawaran-tawaran istimewa disediakan,” katanya kepada media.

Fadillah bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan tampil sebagai ahli panel dalam forum esok bertajuk “Kerajaan MADANI – Retrospektif dan Memeta Perjalanan ke Hadapan”.

Forum itu akan menjadi acara kemuncak sambutan tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI sebelum majlis penutupan disempurnakan Perdana Menteri.

Sesi berkenaan akan memberikan tinjauan retrospektif terhadap pencapaian Kerajaan MADANI sambil memeta hala tuju masa depan.

Perbincangan turut menumpukan usaha menaikkan lantai bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan menaikkan siling untuk melonjakkan produktiviti negara.

Program Rancakkan MADANI berlangsung selama tiga hari, membabitkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya dan pameran interaktif.

Ia turut menampilkan hiburan keluarga serta pelbagai tawaran istimewa untuk pengunjung.

Program ini merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.

Ia menjadi tradisi pelaporan tahunan kerajaan secara langsung kepada rakyat.

Serentak dengan program itu, turut berlangsung Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025.

Konvensyen itu menghimpunkan pemikir dasar dalam kalangan penjawat awam serta pemain industri.

Program berskala nasional anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) itu menyasarkan kehadiran sekitar 300,000 pengunjung.

Ia dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu serta 9 pagi hingga 6 petang pada Ahad.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

ESET Launches AI-Powered MDR Service in Singapore with Industry-Leading 6-Minute Response Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 -ESET, a global leader in cybersecurity solutions, today announced the launch of two Managed Detection and Response (MDR) subscription tiers: ESET PROTECT MDR for small and medium businesses (SMBs) and ESET PROTECT MDR Ultimate for enterprises in Singapore.

Yongchun Hosts the “Kung Fu Comes From Yongchun” Fashion Industry Promotion Event in Beijing, Showcasing Incense Culture and Intangible Cultural Heritage

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 - On January 17th, amidst Beijing's first snow of the year, the fashion industry promotion event "Kung Fu Comes From Yongchun"warmly commenced at the Fujian Mansion. Centered around Yongchun's intangible cultural heritage, with its iconic incense as the soul and the "One County, One Table of Dishes" Kui Xing Banquet as its medium, the event was jointly hosted by the Fujian Provincial Government Office in Beijing, the CPC Yongchun County Committee, and the People's Government of Yongchun County.

THE Mining Investment Event Welcomes New Partners for THE 2026 Student Program Glencore Canada; IAMGOLD Corporation; OR Royalties

Toronto, Ontario - Newsfile Corp. - January 19, 2026 - THE Mining Investment Event ("THE Event"), Canada's Only Tier 1 Global Mining Investment Conference, is pleased to announce THE 2026 Student Program Partners: Glencore Canada will serve as a Platinum Partner, and both IAMGOLD Corporation and OR Royalties will serve as key Silver Partners.
spot_img

Popular Categories