the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU15: Kementerian Pengangkutan digesa kawal harga tiket penerbangan

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan digesa mengawal ketat harga tiket penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata tanpa kawalan itu, pengundi Sabah serta Sarawak di Semenanjung, dan sebaliknya berdepan kesukaran untuk pulang mengundi kerana harga tiket yang dilihat semakin meningkat.

Jelasnya, kawalan itu dengan cara meminta syarikat penerbangan menurunkan kadar tambang juga penting bagi memastikan harga tiket penerbangan untuk pulang mengundi berpatutan, sekali gus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia keluar mengundi pada PRU15.

“Kadar tambang pergi balik syarikat penerbangan khususnya antara Sabah dan Semenanjung menunjukkan kadar yang semakin tinggi menjelang dua tiga hari sebelum hari mengundi pada 19 Nov…ini sesuatu yang membimbangkan.

“Situasi itu sesuatu yang merugikan negara terutama kepada golongan yang dijangka paling ramai terjejas iaitu pengundi muda atau Undi18 kerana kadar tambang mahal,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Sabah dalam kenyataan semalam, membangkitkan mengenai pelajar Sabah di Semenanjung berdepan halangan untuk pulang mengundi disebabkan harga tiket penerbangan yang mahal.

Semakan di laman web mendapati harga tiket pergi balik antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur untuk tarikh 18 dan 19 Nov adalah pada kadar RM400 hingga RM700 bergantung kepada masa, pakej dan syarikat penerbangan.

Dalam pada itu, Bung Moktar mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memasukkan pengundi muda sebagai kategori pengundi awal atau undi pos bagi memastikan mereka tidak terlepas menunaikan tanggungjawab demokrasi.

Beliau berkata melalui kaedah kedua-dua kategori itu akan dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakmampuan pelajar membeli tiket penerbangan yang mahal untuk pulang mengundi khususnya pelajar Sabah atau Sarawak di Semenanjung dan sebaliknya.

“SPR perlu mencari jalan bagi memudahkan golongan pelajar atau pengundi muda 18 tahun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan antara kaedah terbaik ialah memasukkan mereka sebagai pengundi awal atau pengundi pos,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings