the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pukul pemandu OKU: Anggota kena tindakan tatatertib kerana tidak isytihar harta – KPN

KUALA LUMPUR: Tindakan tatatertib terhadap anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) pada Mei lepas adalah disebabkan beliau tidak mengisytiharkan hartanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata keputusan itu dibuat selepas Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan manakala tindakan tersebut telah dilaksanakan.

“Apabila ada anggota yang ditahan melakukan kesalahan contohnya melibatkan kes dadah, siasatan akan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik manakala jika terlibat dengan kes jenayah maka Jabatan Siasatan Jenayah akan membuat siasatan dan pada masa sama, JIPS juga akan menyiasat kes melibatkan ketidakpatuhan tatatertib anggota terbabit.

“JIPS akan melihat antaranya tidak mengemas kini buku poket anggota, berpoligami atau keluar negara tanpa kebenaran dan kegagalan mengisytiharkan harta yang menyalahi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN).

“Bagi kes ini, anggota tersebut didapati tidak mengisytiharkan harta justeru tindakan berkenaan dikenakan ke atasnya,“ kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Berhubung kes mencederakan pemandu e-panggilan OKU, Razarudin berkata pihaknya masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kami masih menantikan arahan lanjut untuk mendakwa atau menambah baik siasatan,” katanya.

Beliau juga berkata jika mana-mana anggota polis didakwa, mereka berdepan tindakan ditahan kerja dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan tindakan antaranya gantung kerja tanpa gaji.

Razarudin juga berharap orang ramai tidak keliru dengan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap anggota pengiring itu dan berkata pihaknya tidak pernah melindungi mana-mana warga Polis Diraja Malaysia yang terlibat dengan kes salah laku.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings