the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pulau Pinang teruskan kerja tambak projek PSI sehingga peroleh keputusan mahkamah

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang masih meneruskan kerja tambakan laut projek pulau buatan yang dikenali Pulau Silikon berkeluasan 930.8 hektar seperti dirancang sehingga keputusan mahkamah diperoleh.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata walaupun projek itu berdepan tindakan saman daripada tujuh nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan iaitu Sahabat Alam Malaysia (SAM) serta Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI), ia masih awal dan terdapat proses yang perlu dilalui sebelum sebarang keputusan dibuat mahkamah.

“Setakat ini kita masih meneruskan kerja-kerja di tapak kerana perkara ini (tindakan saman) baru dimulakan, dan ia perlu melalui proses mahkamah sebelum apa-apa keputusan boleh dibuat.

“Sebarang tindakan perlu menunggu perintah daripada mahkamah, jadi kita tunggu,“ katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau turut mengesahkan pihaknya telah menerima dokumen saman itu pada 13 Feb lepas dan menyerahkan perkara terbabit kepada Penasihat Undang-Undang negeri.

Semalam, media melaporkan tujuh nelayan bersama SAM dan JEDI memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 29 Dis lepas.

Permohonan semakan kehakiman itu bertujuan mencabar kebenaran merancang diberi Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang (PLANMalaysia) pada 21 Ogos 2023 untuk projek tambakan laut terbabit.

Semua sembilan pemohon menamakan Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang, Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang dan pemaju projek SRS Consortium Sdn Bhd, masing-masing selaku responden pertama hingga keempat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings