the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rasional tidak rayu pemberian khas Sabah dibincang di Parlimen

Rasional kerajaan tidak rayu keputusan mahkamah berhubung pemberian khas 40% hasil Sabah antara fokus sidang Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Rasional Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas 40% hasil kepada Sabah antara perkara dibincangkan dal am sidang Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai perkara itu menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen.

Beliau juga ingin mengetahui implikasi keputusan berkenaan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) bertanyakan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan mahkamah terkait Amri Che Mat serta Paderi Raymond Koh.

Beliau meminta penjelasan mengenai langkah seterusnya kerajaan khususnya menyentuh prosedur operasi standard dan kewibawaan siasatan PDRM.

Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) pula bertanyakan Perdana Menteri mengenai cabaran utama kampung tradisi di Kuala Lumpur di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040.

Soalannya membabitkan isu pemilikan tanah, kemudahan asas, kepadatan dan tekanan pembangunan.

Beliau juga ingin tahu pendekatan strategik kerajaan bagi mengekalkan identiti dan kesinambungan kampung-kampung berkenaan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai keberkesanan dasar perancangan bandar yang menetapkan dua petak parkir bagi setiap unit kediaman.

Beliau ingin mengetahui sama ada dasar itu mampu menangani isu kesesakan parkir di kawasan perumahan Kuala Lumpur yang semakin padat.

Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan status terkini persediaan kontinjen Malaysia bagi Sukan SEA 2025 di Thailand.

Soalannya membabitkan jumlah atlet dan jurulatih serta sasaran keseluruhan pingat yang ditetapkan kementerian.

Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories