the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Reman suspek bunuh isteri di Tanah Merah disambung empat hari

Polis sambung reman lelaki warga emas disyaki bunuh isteri di Tanah Merah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

TANAH MERAH: Reman terhadap seorang lelaki warga emas yang disyaki membunuh isterinya di Kampung Paku, Gual Ipoh, telah disambung selama empat hari bermula esok.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata perintah reman terhadap suspek berusia 63 tahun itu disambung selepas tempoh reman sebelumnya berakhir hari ini.

“Reman disambung bagi melengkapkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada 1 Disember lepas, seorang wanita berusia 40-an maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah rumah di kampung tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings