the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa yang menyaksikan beberapa pelabur beralih kepada aset selamat, menurut ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang tempatan dijangka terus diniagakan berhati-hati menjelang laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan malam ini.

Beliau berkata pada masa yang sama, tumpuan akan tertumpu kepada Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk melihat sama ada ia akan meneruskan pelonggaran dasar monetarinya pada tahun depan mengambil kira Trump 2.0.

“Unjuran suku tahun mereka akan menunjukkan sama ada mereka berhasrat untuk menyemak semula perancangan mereka bagi 2025. Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan adalah mengenai hala tuju dasar monetari pada 2025 manakala penurunan 25 mata asas telah diambil kira,“ katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Mohd Afzanizam menjangka MYR/USD akan terus turun naik antara RM4.42 dan RM4.43 hari ini.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding pound kepada 5.6547/6630 daripada 5.6432/6496 pada Selasa dan merosot berbanding euro kepada 4.6600/6668 daripada 4.6595/6648 semalam, bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9143/9187 daripada 2.9189/9224 sebelum ini.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia diniagakan hampir mendatar berbanding dolar Singapura kepada 3.2988/3041 daripada 3.2988/3028 semalam dan menunjukkan prestasi yang sama berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.3 daripada 278.7/279.2 pada Selasa.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.64, bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1189/1487 daripada 13.1006/1236 semalam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings