the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup Selasa memandangkan peserta pasaran menunggu laporan Indeks Harga Pengeluar AS lewat hari Selasa (Jan 14).

Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin (Jan 13).

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) turun kepada 109.445 mata hari ini berikutan berita kenaikan tarif secara beransur-ansur oleh pasukan ekonomi Presiden AS Donald Trump mungkin telah memberikan sedikit kelegaan kepada sentimen pasaran.

“Dengan ini, sentimen pasaran akan terus terkawal kerana Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengekalkan Kadar Dana Fed stabil pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan akan datang pada 28-29 Jan kerana ekonomi AS kekal berdaya tahan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding euro kepada 4.6201/6268 daripada 4.5964/6004 pada Isnin, susut berbanding pound Britain kepada 5.4839/4918 daripada 5.4592/4640 semalam, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8510/8553 daripada 2.8706/8733.

Mata wang tempatan turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.9500/9739 daripada 12.9440/9618 pada penutup sebelumnya dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 276.7/277.3 daripada 276.8/277.2 pada Isnin.

Ringgit juga turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2889/2939 daripada 3.2788/2822 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.70 daripada 7.68/7.69.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings