the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RMK13: Kerajaan beri tumpuan khusus posisi Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga mampan – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi tumpuan khusus untuk memposisikan Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga mampan negara yang berdaya saing di peringkat serantau menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini berkata pelaksanaan inisiatif seperti Hab Hidrogen Sarawak dan Jaminan Bekalan Tenaga Sabah secara tidak langsung akan memperkukuh infrastruktur tenaga di kedua-dua negeri berkenaan.

“Usaha ini turut membuka pelaburan berimpak tinggi serta pembangunan teknologi bersih demi manfaat rakyat Sabah dan Sarawak,“ katanya.

Bagi Kelantan, Pahang dan Terengganu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pembangunan akan dipacu melalui pewujudan hab pengeluaran makanan negara yang bersepadu dan berdaya saing, sekali gus menjana peluang ekonomi baharu khususnya kepada penduduk desa.

Bertemakan “Melakar Semula Pembangunan”, RMK13 bagi tempoh 2026 hingga 2030 itu adalah ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI.

Ia bertujuan melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara dan bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi serantau dan dunia – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings