the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU Perlindungan Data Peribadi dibentang di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 yang antaranya bertujuan menaikkan kadar denda daripada RM300,000 kepada RM1 juta bagi kesalahan dilakukan pengawal data atau pemproses data yang melanggar prinsip perlindungan data peribadi, dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika membentangkan RUU itu turut memaklumkan ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat yang sama.

Menurut naskhah biru disiarkan di laman sesawang Parlimen, RUU berkenaan antara lain bertujuan meminda Seksyen 5 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) seperti pada perenggan 5(a) untuk memperuntukkan bahawa seseorang pemproses data hendaklah mematuhi Prinsip Keselamatan di bawah Seksyen 9 Akta 709.

“Perenggan 5(b) pula bertujuan menaikkan kadar denda bagi kesalahan yang dilakukan oleh pengawal data atau pemproses data yang melanggar Prinsip Perlindungan Data Peribadi masing-masing di bawah subseksyen 5(1) dan (1a) Akta 709,“ menurut naskhah biru itu.

RUU itu juga bagi menambah baik peruntukan yang berhubung dengan pemprosesan data peribadi supaya selaras dengan standard dan amalan antarabangsa.

Selain itu, ia juga bertujuan memasukkan seksyen baharu 43A ke dalam akta tersebut untuk mengadakan peruntukan bagi hak kemudahalihan data kepada subjek data tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data.

RUU berkenaan juga untuk meminda Seksyen 67 di bawah akta itu bagi memperuntukkan bahawa tatacara membuka dan menyenggara mana-mana akaun bank hendaklah dikendalikan mengikut cara yang dibenarkan oleh pesuruhjaya.

Sementara itu, dalam sidang media di Parlimen hari ini, Gobind berkata pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 menunjukkan kerajaan memandang serius keperluan melindungi data yang memainkan peranan penting dalam teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (Al).

“Pindaan ini berniat memastikan tiada data digunakan tanpa persetujuan pemilik data tersebut dan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan data semasa penggunaan platform digital sedia ada dan yang bakal diwujudkan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau yang berharap mendapat sokongan Ahli Parlimen supaya RUU itu diluluskan dalam sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini, turut berkata segala pendapat atau cadangan dikemukakan semasa perbahasan akan disambut baik pihaknya bagi memperkasa akta itu.

Mengenai jumlah aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi, Gobind berkata Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) menerima 288 aduan setakat Jun lepas berbanding 779 aduan sepanjang tahun lepas.

“Walaupun secara purata terdapat sedikit penurunan atas usaha penguatkuasaan berterusan oleh Pejabat Pesuruhjaya PDP, angka statistik ini masih membimbangkan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings