the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 15, 2025
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabah perlu bangun industri perikanan laut dalam berasaskan rantaian nilai

Sabah digesa bangunkan industri perikanan laut dalam secara menyeluruh dengan rantaian nilai lengkap, termasuk OTEC sebagai tenaga bersih baharu

KOTA KINABALU: Sabah perlu membangunkan industri perikanan laut dalam secara menyeluruh berdasarkan rantaian nilai yang lengkap.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sook Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata pendekatan itu merangkumi infrastruktur pendaratan, kemudahan pemprosesan berteknologi tinggi, sistem logistik sejuk serta akses pasaran eksport.

Beliau berkata ia penting bagi meningkatkan nilai tambah hasil laut Sabah dan mengurangkan kebergantungan kepada eksport bahan mentah.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Sabah mempunyai kelebihan struktur dan geografi yang jarang dimiliki wilayah lain.

“Potensi itu wajar dimanfaatkan secara strategik sebagai lubuk emas baharu ekonomi negeri melalui agenda Ekonomi Biru,” katanya di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Beliau menambah Sabah mempunyai kelebihan strategik dalam pembangunan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC).

“Kedudukan geografi dikelilingi lautan luas serta perbezaan suhu laut sesuai meletakkan Sabah sebagai lokasi ideal bagi penjanaan tenaga bersih,” katanya.

Kajian menunjukkan Sabah berpotensi menjana sehingga 20,000 megawatt tenaga melalui OTEC di pantai barat dan timur.

Pembangunan OTEC itu selari dengan Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 serta agenda Ekonomi Biru negeri.

Arthur berkata pembangunan pada skala awal sudah memadai untuk menyumbang bekalan tenaga besar termasuk bagi penghasilan hidrogen hijau.

Dengan kerjasama strategik, OTEC berpotensi menarik pelaburan bernilai tinggi dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran.

“Agenda Ekonomi Biru berpotensi menjadikan Sabah pemain utama ekonomi maritim serantau,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Daud Yusof (Warisan-Bongawan) berkata tumpuan serius perlu diberikan untuk memperkasa perikanan hiliran.

Beliau berkata kerajaan perlu membina kilang pemprosesan hasil laut bagi meningkatkan nilai ekonomi sektor itu.

Pembinaan kilang pemprosesan penting bagi menstabilkan harga hasil tangkapan nelayan.

Langkah itu juga mampu mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah dan mewujudkan peluang pekerjaan tempatan.

“Jika pertanian adalah jaminan keselamatan makanan, maka perikanan adalah jaminan ekonomi biru Sabah,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Sungei Wang Plaza’s ‘most PAW-some’ Christmas

THIS festive season, Sungei Wang Plaza invites shoppers to...

Most Viewed

spot_img

Popular Categories