the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saifuddin Nasution ucap takziah keluarga anggota polis maut bertugas

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman Muhammad Othman, yang maut dalam kemalangan semasa menjalankan penugasan Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di ibu negara, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Saifuddin Nasution meluahkan rasa sedih dengan insiden berkenaan dan berharap keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi dugaan yang besar itu.

“Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya, menempatkan roh beliau bersama yang beriman dan menganugerahkan pahala untuk segala jasa sumbangannya kepada negara,” katanya.

Muhammad Amirul Aiman, 24, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi anggota yang menunggang motosikal di belakang mangsa mengalami cedera ringan, selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuching arah Jalan Tun Razak menghala ke Selayang pada 4.30 pagi, semasa menjalankan penugasan Operasi Pencegahan Samseng Jalanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa, hilang kawalan di laluan berselekoh sebelum melanggar besi penghadang jalan dan terjatuh ke bawah tebing.

Beliau berkata ketika kejadian, kedua-dua anggota terbabit sedang melaksanakan tugasan pemantauan dan pencegahan aktiviti samseng jalanan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Mohd Zamzuri berkata Allahyarham Muhammad Amirul Aiman berkhidmat di JSPT KL sejak menamatkan latihan dan bertugas di Bahagian Risikan/Operasi selama lebih setahun.

“Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Ajil, Terengganu hari ini,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings