Thursday, October 30, 2025
25.6 C
Malaysia
spot_img

Saksi dedah Zara Qairina alami gangguan emosi selepas balik dari bilik senior

The Sun Webdesk

Saksi inkues Zara Qairina beri keterangan pelajar itu alami gangguan emosi selepas dipanggil ke bilik senior atas tuduhan mencuri kad bank.

KOTA KINABALU: Seorang pelajar memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa Zara Qairina Mahathir kelihatan seperti dalam keadaan gangguan emosi, selepas balik dari bilik asrama A3-6 pada malam 15 Julai.

Keterangan itu diberikan saksi kanak-kanak ke-27, yang sebilik dengan Zara Qairina di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar pada hari ke-31 prosiding inkues kematian remaja berkenaan di Mahkamah Koroner di sini, hari ini.

Berkongsi keterangan saksi, peguam Joan Goh yang mewakili seorang kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina berkata saksi memberitahu, ketika berada di biliknya di A3-5, dia mendengar suara dari bilik sebelah yang menyuruh Zara Qairina datang ke bilik A3-6.

“Kemudian, saksi baru tahu Zara Qairina disyaki mencuri kad bank seorang pelajar dan telah dipanggil berjumpa dengan senior tingkatan empat di bilik asrama bersebelahan. Saksi tidak tahu siapa senior tingkatan empat yang Zara Qairina jumpa pada malam itu di bilik A3-6.

“Semasa Zara Qairina masuk ke bilik A3-5 sekitar 11 malam, saksi melihatnya seperti dalam gangguan emosi, baring di lantai sambil menangis di depan almarinya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding.

Joan berkata itu merupakan kali pertama saksi melihat Zara Qairina berada dalam keadaan sedemikian, malah sebelum ini Tingkatan Satu itu tidak pernah mengadu mengenai sebarang masalah peribadi, tekanan belajar atau gangguan daripada pelajar lain.

Beliau berkata saksi sering melihat Zara Qairina menulis di dalam diari berwarna ungu dan hijau miliknya, termasuklah mengenai keinginan untuk menjadi anggota BADAR (pengawas surau) di sekolah berkenaan.

“Saksi tidak mempunyai apa-apa konflik dengan Zara Qairina, beliau merupakan seorang daripada pelajar yang periksa lokar Zara Qairina, dan beliau terjumpa pin itu (pin bendera yang dilaporkan hilang),” katanya.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai lepas, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung 5 Nov. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Rhenus Reinforces Global Leadership in Renewable Energy Project Logistics

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 October 2025 – In 2024, renewable energy saw a record capacity growth worldwide, with 585 Gigawatt (GW) added, representing an overall annual growth of around 15%, which was largely driven by solar and wind energy.

Cape EMS subsidiary champions Malaysia’s clean energy shift with industry leaders at Micci event

Cape EMS subsidiary Cape Renewables brought together top energy experts at a Micci forum to explore battery storage, solar innovation, and EV charging—advancing Malaysia’s low-carbon transformation and green-tech growth.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img