the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sindiket pecah rumah mewah di Putrajaya ditumpaskan

Polis tumpas sindiket pecah rumah mewah di Putrajaya, tangkap tiga warga asing dan rampas barangan kemas serta barang berjenama mewah.

PUTRAJAYA: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pecah rumah yang menyasarkan kediaman mewah di Presint 11 dan Presint 14.

Tiga lelaki warga asing berumur 30-an hingga 40-an ditahan kira-kira 8.30 malam Jumaat lepas ketika menggeledah sebuah rumah di Presint 14.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata mereka dipercayai aktif melakukan pecah rumah sejak tiga bulan lalu.

“Sembilan kes dilaporkan di Presint 11 dan Presint 14,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ketika serbuan, polis melihat dua suspek memasuki rumah dalam keadaan mencurigakan.

Seorang lagi menunggu dalam kereta yang diletakkan kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Aidi Sham berkata berlaku pergelutan semasa tangkapan namun semua suspek berjaya ditahan.

Dua pasport milik suspek dirampas manakala seorang lagi tidak memiliki pasport.

Kereta terbabit dimiliki seorang lelaki warga China dan siasatan dengan pihak imigresen sedang dijalankan.

Kejayaan itu hasil Operasi Pintu Putra yang dilancarkan sejak 22 Nov lepas.

Operasi itu dilancarkan susulan peningkatan kes pecah rumah di Putrajaya termasuk satu kes melibatkan bekas pesara kerajaan bergelar Tan Sri di Presint 11 pada 1 Nov.

Modus operandi kumpulan itu adalah melakukan pemerhatian terlebih dahulu sebelum memecah masuk antara 8 hingga 10 malam.

“Mereka akan memotong jeriji di bahagian belakang rumah sebelum memasuki ruang utama,” katanya.

Setakat ini, tiada kecederaan terhadap mangsa dilaporkan.

Polis merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memecah rumah termasuk pemotong besi, pemutar skru, pencungkil dan sarung tangan.

Barangan lain yang dirampas termasuk wang tunai, barangan kemas, jam tangan mewah dan beg tangan berjenama.

Antara jenama yang dirampas ialah Louis Vitton, Burberry, Smaak Amsterdam, Gucci, Salvatore Ferragamo dan Prada Milano.

Kerugian dianggarkan antara RM20,000 hingga RM50,000 bagi setiap kejadian.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan kini direman hingga Selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sejak Januari hingga kini, sebanyak 26 kes pecah rumah dilaporkan di Putrajaya berbanding 17 kes tahun lepas.

Kebanyakan kes melibatkan kediaman jenis pangsapuri.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Banyan Group Residences Unveils Exclusive Banyan Tree Beach Residences Varuna at Laguna Phuket

PHUKET, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Banyan Group Residences has unveiled Banyan Tree Beach Residences Varuna, a collection of just eight beachfront townhomes within Laguna Phuket.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings