the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew

TENOM: Seorang wanita semalam (Feb 14) memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia menolak untuk menerima panggilan video daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sebaliknya hanya membenarkan panggilan biasa sahaja.

Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dalam pemeriksaan utama sebelum itu bertanya maksud teks perbualan dalam tangkap layar aplikasi WhatsApp antara saksi dan tertuduh iaitu “panggilan biasa boleh, panggilan video tidak boleh”.

“Maksud saya nak panggilan biasa, bukan panggilan video…saya tidak mahu (panggilan video),“ katanya ketika memberi penjelasan maksud teks tersebut.

Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.

Semasa memberi penjelasan beberapa teks perbualan dalam aplikasi WhatsApp itu, wanita itu tidak dapat menahan sebak sehingga Nor Azizah meminta mahkamah berehat seketika untuk menenangkan saksi.

Saksi itu membuat penjelasan lebih 200 teks daripada 436 tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang telah dikeluarkan daripada telefon bimbit saksi melibatkan kes itu.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan disambung esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings