the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak terima 1,108 guru baharu

PUTRAJAYA: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.

JPNS dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 422 guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah berkuat kuasa Khamis depan (28 Dis).

“JPNS mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menempatkan guru baharu berkenaan.

“Selain itu, sekalung penghargaan kepada KPM, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) atas sokongan dalam membantu mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak,“ menurut jabatan itu.

Kenyataan itu memberitahu JPNS akan bekerjasama erat dengan KPM, SPP dan semua pihak berkepentingan pendidikan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak dapat diatasi.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings