the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Scammer guna media sosial iklan lesen memandu murah, mudah: JPJ

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan kegiatan sindiket penipuan (scammer) di media sosial termasuk Facebook dan Telegram yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu tidak mengikut syarat ditetapkan serta tidak sah di sisi undang-undang.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha berkata terdapat beberapa modus operandi digunakan sindiket itu yang menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan pelbagai kaedah pujukan.

“(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian dan boleh didapati dalam tempoh singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.

“Orang ramai diminta berhati-hati dengan sindiket penipuan pengeluaran lesen memandu secara tidak sah ini yang menggunakan pelbagai kaedah komunikasi bagi mempengaruhi pemikiran mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rospiagos berkata memiliki lesen tidak sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta 333 dan memandu tanpa lesen yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga terdedah kepada risiko kemalangan yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Beliau berkata JPJ bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengesan pemilik akaun di media sosial yang menawarkan dan menjalankan penipuan tersebut, bagi tindakan lanjut.

“Orang ramai diseru memberikan maklumat atau menyalurkan aduan sekiranya terdapat sindiket di media sosial yang cuba menawarkan promosi pengeluaran lesen secara mudah dan murah tetapi tidak mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang berhasrat mendapatkan lesen memandu secara sah boleh menghubungi Institut Memandu (IM) berhampiran yang berdaftar dengan JPJ kerana lesen memandu yang adalah mengikut tatacara dan prosedur latihan serta ujian memandu kompeten ditetapkan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings