the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sektor pembinaan kapal tarik pelaburan RM1 bilion hingga 2025

KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan dan pembaikan kapal telah menarik pelaburan melebihi RM1 bilion dalam projek pembinaan kapal serta perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih sejak 2021 hingga pertengahan 2025.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan pelaburan ini menyokong pelbagai aktiviti termasuk mereka bentuk, membina, membaiki, menyelenggara, menukar, menaik taraf kapal dan pengilangan peralatan marin.

Prestasi eksport sektor ini turut positif dengan lebihan dagangan mencecah RM3.37 bilion sejak 2021.

Malaysia mempunyai 110 limbungan berdaftar di seluruh negara dengan 38 terletak di Semenanjung dan 72 lagi di Malaysia Timur.

Berdasarkan rekod MIDA, terdapat sekurang-kurangnya 40 pengeluar peralatan marin di seluruh Malaysia yang melengkapkan rantaian bekalan sektor tempatan.

Kerajaan menyediakan pakej galakan cukai termasuk Pengecualian Cukai Pendapatan melalui Galakan Taraf Perintis sebanyak 70% untuk tempoh lima tahun.

Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% turut disediakan ke atas perbelanjaan modal layak selama lima tahun bagi syarikat SBSR yang memenuhi kriteria.

Kerajaan juga menawarkan Elaun Modal Automasi untuk galakan penerimaan teknologi automasi dan Industri 4.0.

Elaun ini membenarkan syarikat menuntut elaun cukai 200% atau maksimum RM10 juta bagi pembelian mesin dan peralatan peningkatan produktiviti.

Fasilitasi tambahan termasuk pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan untuk syarikat SBSR berlesen dalam sektor MRO perkapalan bermula 2024. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings