the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor sasar unjuran nilai pelaburan RM45 bilion tahun ini

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyasarkan unjuran nilai pelaburan berjumlah RM45 bilion tahun ini dengan sektor pembuatan dijangka mencatat RM12 bilion manakala sektor perkhidmatan sebanyak RM32 bilion.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han berkata bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, sebanyak 657 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM29.72 bilion.

“Nilai pelaburan yang direkodkan ini telah melebihi separuh daripada unjuran yang telah ditetapkan. Projek-projek pelaburan yang diluluskan ini melibatkan sebanyak 114 projek perkilangan dengan nilai pelaburan berjumlah RM14.75 bilion dan jumlah ini telah melebihi daripada sasaran.

“Manakala sebanyak 543 projek telah diluluskan dalam sektor perkhidmatan dengan nilai pelaburan berjumlah RM14.96 bilion. Berdasarkan momentum dan prestasi pelaburan yang memberangsangkan, Kerajaan Perpaduan Selangor yakin jumlah pelaburan yang diunjurkan akan mampu dicapai pada penghujung tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ng berkata Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang dianjurkan dari 19 hingga 22 Okt lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah meraih potensi transaksi perniagaan berjumlah RM6.12 bilion.

Daripada jumlah itu, RM4.9 bilion adalah melalui perjanjian persefahaman yang dimeterai manakala RM1.22 bilion pula adalah potensi transaksi yang dijalankan di dewan-dewan pameran.

“Pencapaian SIBS edisi ketujuh ini merupakan satu rekod baharu mengatasi SIBS 2022 yang merekodkan nilai potensi transaksi keseluruhan berjumlah RM1.46 bilion,” katanya.

Ng berkata jumlah keseluruhan pengunjung sepanjang empat hari program tersebut meningkat 29 peratus tahun ini kepada 57,249 orang berbanding 44,342 orang pada tahun lalu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings