the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sembilan rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Seremban

Kebakaran di Batu 9, Jalan Labu musnahkan sembilan rumah setinggan, 51 mangsa selamat dan dipindahkan ke pusat sementara.

SEREMBAN: Sebanyak sembilan rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Batu 9, Jalan Labu di sini.

Kejadian yang berlaku pada 9.18 pagi itu melibatkan 51 penghuni yang semuanya berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan.

Komander Operasi Kanan JBPM Seremban 2 Yusri Abdullah Sani berkata lapan rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi sekitar 30 peratus.

“Semua mangsa kini ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Labu,” katanya.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi memadam melibatkan 26 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Nilai serta Pasukan Bomba Sukarela Pelegong.

Api berjaya dikawal pada 10.10 pagi.

Seorang mangsa, S. Lethchumy, 73, berkata kerugian dianggarkan melebihi RM300,000 termasuk wang simpanan dan barang kemas.

“Saya sedang membuat sarapan apabila terbau asap dan kemudian nampak api dari dinding dapur,” katanya.

Beliau berkata kejadian berlaku pantas dan tiada barang sempat diambil.

“Saya menjerit mengajak anak dan dua cucu cepat keluar dari rumah,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings