the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Serangan balai polis Ulu Tiram: Tujuh suspek direman merupakan warga tempatan – KPN

KUALA LUMPUR: Semua suspek yang direman hari ini susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam merupakan rakyat tempatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media hari ini.

“Semua tujuh individu yang ditahan semalam dan yang direman hari ini ialah rakyat tempatan berumur antara 19 hingga 62 tahun dan tiada warga Singapura (terlibat) seperti yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Terdahulu, tujuh individu direman tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Mei bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan di balai polis berkenaan.

Individu yang direman terdiri daripada lima ahli keluarga suspek, yang ditahan susulan pemeriksaan di kediaman keluarga suspek pada awal pagi semalam.

Turut direman ialah dua penuntut kolej berusia 21 dan 22 tahun yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings