the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sesi permukiman Jemaah Menteri ketiga tidak lama lagi – PM

KUALA LUMPUR: Sesi permukiman kali ketiga Jemaah Menteri Kerajaan MADANI akan diadakan dalam tempoh terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sesi permukiman itu bukan sekadar untuk mencatat kejayaan yang telah dilakar, tetapi juga menjadi platform untuk barisan menteri membaiki kelemahan dalam pentadbiran ketika ini.

“ … dan ada tahap kesungguhan yang harus ditingkatkan (Jemaah Menteri), dan saya percaya (permukiman) ini tidak seharusnya berhenti pada tahap itu sahaja, seterusnya diikuti oleh ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua pengarah,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sesi permukiman pertama dan kedua Anwar bersama Jemaah Menteri masing-masing diadakan pada Januari 2023 dan 2024.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings