the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Shafie Apdal sahkan belum jumpa pemimpin parti pasca PRN Sabah

Presiden Warisan mengesahkan belum berjumpa mana-mana pemimpin parti selepas PRN Sabah, sambil menyatakan akan bertemu mereka semasa persidangan DUN nanti.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan mana-mana pemimpin parti politik selepas keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Beliau berkata beliau hanya akan bertemu pemimpin-pemimpin parti politik berkenaan semasa persidangan DUN Sabah nanti.

“Tidak ada…saya pun tadi terus tidur. Saya penat berkempen selama berapa hari, dan saya sudah bekerja selama lebih empat tahun,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan pembentukan gabungan untuk memerintah kerajaan negeri.

Mohd Shafie, yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Senallang, menegaskan “dalam pilihan raya ini, tidak ada jumpa dengan mana-mana pemimpin parti pun”.

Dalam PRN Sabah, Gabungan Rakyat Sabah memenangi 29 kerusi DUN manakala Warisan memperoleh 25 kerusi.

Ditanya sama ada Warisan bersedia berperanan sebagai pembangkang, Mohd Shafie berkata partinya mengambil pendekatan menilai situasi berdasarkan pengalaman pembentukan kerajaan pada 2020.

“Kita akan lihat, sebab saya tahu dulu pun kerajaan GRS dengan BN tidak lama,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada masyarakat Cina di Sabah susulan peningkatan ketara sokongan pengundi kaum itu kepada Warisan.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah buat penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings