the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Situasi banjir di tujuh negeri semakin pulih, mangsa di PPS berkurangan

Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri Semenanjung menurun pagi ini, dengan Selangor dan Perak masih merekodkan bilangan tertinggi di pusat pemindahan.

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di tujuh negeri Semenanjung menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Di Selangor, jumlah mangsa berkurangan kepada 1,835 orang daripada 523 keluarga berbanding 1,918 orang malam tadi.

Sebanyak 27 PPS masih beroperasi di empat daerah iaitu Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam.

Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya dengan hanya 37 mangsa daripada 22 keluarga masih di PPS.

Mangsa di negeri itu ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu dan SK Paya Resak, Marang.

Di Kelantan, jumlah mangsa turut berkurangan kepada 178 orang daripada 69 keluarga pagi ini.

Kesemua mangsa di negeri itu berlindung di dua PPS di daerah Pasir Mas.

Situasi banjir di Perak terus menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 3,610 orang.

Mangsa daripada 1,061 keluarga itu ditempatkan di 21 PPS yang masih beroperasi pagi ini.

Daerah Hilir Perak merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,716 orang diikuti Bagan Datuk (899), Manjung (506), Perak Tengah (464) serta Larut, Matang dan Selama (25).

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca di 12 daerah Perak berada dalam keadaan baik dari pagi hingga malam.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 169 orang daripada 52 keluarga.

Kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu itu masih berlindung di dua PPS di SK Padang Pekan dan SK Tunjang.

Walaupun cuaca cerah, mangsa-mangsa ini masih belum pulang kerana keadaan rumah yang kurang selamat.

Kesan banjir di kawasan kediaman mereka juga masih belum selesai dibersihkan.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 198 orang daripada 51 keluarga.

Sebanyak 126 mangsa masih berlindung di empat PPS di Bera manakala 40 mangsa di empat PPS di Temerloh.

Seramai 25 mangsa di Maran dan tujuh di Kuantan masing-masing ditempatkan di sebuah PPS di daerah terbabit.

Polis Daerah Pekan memaklumkan SK Temai ditutup hari ini atas faktor keselamatan murid.

Penutupan itu berikutan kawasan pekarangan sekolah dinaiki air susulan limpahan Sungai Pahang.

Tiga stesen sungai di Pahang mencatatkan paras bahaya pagi ini iaitu Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dan Lubuk Paku, Maran.

Stesen Sungai Triang di Jambatan Keretapi, Bera juga mencatatkan paras air bahaya.

Di Perlis, angka mangsa banjir menurun kepada 1,351 orang dengan enam PPS masih beroperasi.

PPS itu melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.

Related

spot_img

Latest

Amari Invites Travelers to Fall in Love with Laos Through Design, Local Stories, and Contemporary Relaxation

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 - When travel is no longer just about "arriving," but about truly "being present" in every moment, ONYX Hospitality Group invites travelers to discover a new side of Laos through the concept of "Falling in Love with Laos."

VinFast Makes 2025 Vietnam’s Car Moment, From Hai Phong to the Middle East

HAI PHONG, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 - On the final day of 2025, VinFast's Hai Phong manufacturing complex ended the year at full throttle, rolling off the 200,000th vehicle from its production line.

CHiQ Named One of the “2025-2026 Global Smart Home Brands Top 10” at CES

LAS VEGAS, US - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 - On January 7 local time, CHiQ was honored with the "2025-2026 Global Smart Home Brands Top 10" award at CES 2026 in Las Vegas. The award underscores CHiQ's ongoing progress in smart home innovation and its commitment to enhancing the user experience.

Kenanga Investors Launches Kenanga Growth Fund Series 3

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 - Kenanga Investors Berhad ("Kenanga Investors") has announced the launch of the Kenanga Growth Fund Series 3 ("KGFS3" or "the Fund"), its third fund in its flagship conventional fund series.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories