the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Situasi banjir pulih kecuali Selangor, mangsa meningkat

Mangsa banjir berkurang di semua negeri kecuali Selangor yang mencatat 4,366 mangsa, manakala Terengganu kekal paling terjejas dengan 9,584 mangsa.

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di kebanyakan negeri menunjukkan peningkatan dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara menurun kecuali di Selangor.

Negeri Terengganu kekal paling terjejas dengan 9,584 mangsa daripada 2,864 keluarga setakat tengah hari ini berbanding 10,399 orang pagi tadi.

Kemaman merekodkan angka tertinggi 2,271 mangsa di 16 PPS diikuti Marang (1,804), Kuala Terengganu (1,662), Kuala Nerus (1,529), Setiu (1,074), Dungun (714), Hulu Terengganu (498) dan Besut (32).

Sebanyak 16 jalan di seluruh Terengganu masih ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir.

Di Perak, jumlah mangsa turun kepada 6,173 orang daripada 1,903 keluarga di 46 PPS berbanding 6,507 orang pagi tadi.

Manjung mencatat angka tertinggi 2,307 mangsa diikuti Hilir Perak (1,935), Perak Tengah (1,324), Bagan Datuk (502), Larut, Matang dan Selama (79) serta Muallim (26).

Perlis mencatatkan 6,159 mangsa berbanding 6,869 pagi tadi dengan semua mangsa ditempatkan di 24 PPS di Padang Besar, Arau dan Kangar.

Jalan utama di Arau dan Kangar sudah boleh dilalui selepas air surut sepenuhnya.

Selangor mencatat peningkatan kepada 4,366 mangsa daripada 1,208 keluarga berbanding 4,141 orang pagi tadi.

Sebanyak 32 PPS beroperasi di Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.

Kedah mencatat penurunan kepada 3,302 mangsa daripada 1,023 keluarga di 14 PPS berbanding 3,452 orang pagi tadi.

Sungai Bata melepasi tahap bahaya pada 10.707 meter manakala Sungai Anak Bukit melepasi tahap amaran pada 2.53m.

Pahang mencatat 2,268 mangsa berbanding 2,387 pagi tadi dengan Jerantut menjadi daerah terbaharu terjejas.

Kuantan merekodkan jumlah tertinggi 849 mangsa diikuti Raub (715), Lipis (494) dan Maran (196).

Lima sungai utama di Pahang melepasi paras bahaya termasuk Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut (53.87m).

Kelantan mencatat penurunan kepada 2,152 mangsa daripada 803 keluarga berbanding 3,000 orang pagi tadi.

Sungai Golok di Rantau Panjang kekal melepasi paras bahaya pada 9.97 meter tetapi menunjukkan trend menurun.

Negeri Sembilan mencatat 373 mangsa berbanding 375 pagi tadi manakala Melaka turun kepada 267 mangsa.

Sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings