the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SMK Syed Sirajuddin, SK Convent Father Barre juara Junior Innovathon 2025

Dua sekolah menang RM40,000 di Junior Innovathon 2025, SMK Syed Sirajuddin dengan alat pengesan karbon monoksida, SK Convent Father Barre dengan Bag Me Up

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin di Perlis, muncul juara kategori sekolah menengah pada Junior Innovathon 2025 menerusi inovasi alat pengesanan dan penapis gas karbon monoksida.

Bagi kategori sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Father Barre, Kedah dinobatkan juara melalui inovasi Bag Me Up. Kedua-dua juara membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 berserta sebuah iPad.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Kewangan II yang memangku tugas Menteri Ekonomi Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada episod akhir Junior Innovathon yang berlangsung di Angkasapuri Kota Media di sini hari ini.

Junior Innovathon 2025, yang julung kali dianjurkan bertujuan mencungkil bakat inovasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional, Maktab Rendah Sains Mara serta sekolah persendirian.

Program itu adalah inisiatif Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Komunikasi, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Naib juara kategori sekolah menengah, yang membawa pulang RM22,000 dimenangi Kolej Vokasional (KV) Pasir Gudang, Johor melalui inovasi Bot Sabut, manakala bagi kategori sekolah rendah, tempat kedua disandang SK Seri Indera, Perlis dengan inovasi Recypot 2.0: Brewed For A Greener Future.

Tempat ketiga kategori sekolah menengah dimenangi SMK Taman Jasmin 2, Selangor melalui inovasi Ecopolypave 23, manakala kategori sekolah rendah diraih SK Padang Mengkuang, Terengganu melalui inovasi Rasbela. Kedua-dua pemenang menerima RM15,000.

Bagi tempat keempat, dengan hadiah RM11,000 dimenangi Kolej Vokasional Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan bagi kategori sekolah menengah menerusi inovasi Wire Sure, manakala SK Seri Negeri, Langkawi, Kedah meraih tempat keempat kategori sekolah rendah melalui inovasi Smart Eco-Watering System.

Tempat kelima kategori sekolah menengah dimenangi SMK Seksyen 10 Kota Damansara, Selangor melalui inovasi NeuroSnug, manakala bagi kategori sekolah rendah disandang SK Methodist Parit Buntar, Perak menerusi inovasi Crayoelaeis. Kedua-dua pasukan menerima RM8,000.

Selain itu, Anugerah Persembahan Inovasi Terbaik PTPTN turut dimenangi KV Pasir Gudang dan SK Methodist Parit Buntar, masing-masing menerima wang tunai RM2,500.

Wakil juara, Muhammad Iqram Zulfiqqar Idris dari SMK Syed Sirajuddin berkata kemenangan itu adalah pencapaian yang amat bermakna kerana ia lahir daripada usaha bersama rakan sepasukan serta sokongan padu guru dan pihak sekolah.

“Kami tidak menyangka inovasi ini dapat melangkah sejauh ini, saya harap ia (inovasi) tidak sekadar terhenti di sini tetapi dapat dikembangkan menjadi teknologi sebenar yang mampu melindungi masyarakat di Malaysia dan juga di luar negara daripada risiko keracunan gas karbon monoksida,” katanya.

Izzhana Ambi Mohd Haniff dari SK Convent Father Barre pula menzahirkan kegembiraan kerana usaha mereka selama ini membuahkan kejayaan, sekali gus berharap inovasi yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pelajar. 

“Saya harap murid-murid dapat mengurangkan risiko skoliosis yang semakin membimbangkan. Kami juga berharap produk ini mampu membantu murid-murid menjaga kesihatan tulang belakang mereka dengan lebih baik,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings