the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Speedy Tigers kelima terbaik di kelayakan Olimpik

KUALA LUMPUR: Skuad kan hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen kelayakan Olimpik di kedudukan kelima selepas mengatasi Kanada 3-1 menerusi penentuan penalti pada perlawanan klasifikasi tempat kelima-keenam, hari ini.

Terdahulu, skuad negara yang dikenali sebagai Speedy Tigers terikat tanpa jaringan menentang pasukan ranking ke-18 dunia itu di Stadium Oman, Muscat.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi pukulan penalti dengan Muhammad Firhan Ashari, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal berjaya melengkapkan percubaan mereka buat Malaysia yang berada di ranking ke-14 dunia.

Kanada hanya Floris van Son berjaya menemui sasaran manakala Brenden Bisset dan Balraj Panesar terlepas peluang.

Skuad Speedy Tigers gagal layak ke Olimpik Paris 2024, yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, selepas menamatkan saingan peringkat Kumpulan A kejohanan kelayakan itu di kedudukan tercorot dengan satu mata, di belakang Great Britain yang muncul juara kumpulan (9 mata), Pakistan (4 mata) dan China (3 mata).

Skuad kendalian A. Arul Selvaraj membuka tirai kempen di Oman dengan langkah kiri apabila tumpas 2-3 kepada China Isnin lepas, kemudian tewas 1-4 odengan Great Britain pada Selasa dan terikat 3-3 menentang Pakistan pada awal pagi Jumaat.

Hanya tiga pasukan terbaik dalam kempen kelayakan di Oman akan melayakkan diri ke Paris 2024.

Kali terakhir Malaysia layak ke Olimpik adalah pada edisi 2000 di Sydney, Australia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings