the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPR ingat parti, penyokong jaga ketenteraman awam semasa penamaan calon

SPR nasihat parti politik dan penyokong elak provokasi, jaga ketenteraman semasa penamaan calon PRN Sabah ke-17 esok.

PUTATAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti politik dan penyokong mereka memelihara ketenteraman awam semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 esok.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun menegaskan semua pihak perlu mengelakkan sebarang bentuk provokasi.

Beliau meminta kerjasama penuh diberikan kepada petugas pilihan raya dan pihak keselamatan bagi memastikan proses berjalan aman.

“Persiapan rapi telah dibuat menjelang penamaan calon esok yang akan diadakan di semua 25 pusat penamaan calon termasuk daripada aspek logistik, capaian Internet dan latihan kepada pegawai pengurus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau raptai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Sri Putatan di sini hari ini.

Dewan Sri Putatan menjadi pusat penamaan calon bagi DUN Tanjung Keramat, Tanjung Aru dan Petagas.

Lebih 3,300 borang penamaan calon telah dijual dengan 325 individu membayar deposit untuk merebut 73 kerusi DUN.

SPR menetapkan 29 November sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 manakala 25 November bagi pengundian awal.

Mengikut statistik SPR, 1,784,843 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini.

Mereka terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Naza Italia Begins Exit from Maserati Distributorship as Group Shifts Strategy

Naza Italia Sdn Bhd has formally notified Maserati S.p.A. that it will withdraw from its role as the official importer and distributor of Maserati vehicles in Malaysia, bringing an end to a partnership that has been in place for more than 15 years.The notice, submitted in line with the 180-day requirement under the agreement signed on 1 January 2009, marks the beginning of a structured transition period.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories