SPRM sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan bagi membantu siasatan kes projek Lebuh Raya MEX II yang tertangguh.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan berhubung kes projek Lebuh Raya MEX II.
Adam Radlan yang berusia 44 tahun kali terakhir menetap di A16-2, Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas di sini.
BACA: Tuntutan palsu Projek Lebuh Raya MEX II: Abu Sahid, Yap akan didakwa lagi
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai beliau diminta menghubungi pegawai penyiasat G. Sharan Raj melalui talian 014-3560771 atau e-mel [email protected].
Projek pembinaan lebuh raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Persimpangan Putrajaya dan berakhir di KLIA itu mula dibina pada 2016.
Lebuh raya tersebut sepatutnya siap pada penghujung 2019 namun didakwa tertangguh akibat masalah kewangan. – Bernama






