the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tuntutan palsu Projek Lebuh Raya MEX II: Abu Sahid, Yap akan didakwa lagi

KUALA LUMPUR: Pengarah Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed yang didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas 17 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan projek Lebuh Raya MEX II, akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam dalam masa terdekat, atas tujuh pertuduhan menyalahgunakan dana membabitkan projek sama.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Ahmad Akram Gharib berkata bekas pengarah syarikat pembinaan Datuk Yap Wee Leong juga akan dihadapkan ke mahkamah sama (Shah Alam) berhubung projek serupa.

Ahmad Akram berkata Abu Sahid akan didakwa atas tujuh pertuduhan menyalahgunakan harta di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama melibatkan jumlah RM145 juta.

“Yap pula akan didakwa atas 18 pertuduhan … sembilan daripadanya adalah di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 membabitkan jumlah RM209 juta dan sembilan lagi di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 melibatkan jumlah RM387 juta,“ katanya.

Menurut Ahmad Akram, hari ini Abu Sahid telah dituduh atas empat pertuduhan pecah amanah RM313 juta dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram RM139.2 juta.

“Yap juga telah didakwa menggunakan 17 dokumen tuntutan palsu antara Jun 2017 hingga April 2018.

“Dokumen berkenaan melibatkan tuntutan kerja tanah, saliran, cerun dan pembinaan subgred bagi projek Lebuhraya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), iaitu projek MEX II, dengan nilai antara RM9 juta hingga RM28 juta setiap satu menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM314 juta,“ katanya.

Beliau berkata sebutan semula kedua-dua kes telah ditetapkan pada 3 Nov ini -BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings